GELENGGANG biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri daunnya akan tertutup pada waktu malam buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab. Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah (setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi.
Campuran ini dilumurkan pada tempat yg terkena kurap tersebut. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. Pesakit akan berasa sedikit pedih. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema. Ini untuk kegunaan luaran sahaja.
Untuk masaalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masaalah uterus (rahim). Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas di sesetangah begara Amerika Selatan. Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.
read more...

Nama Tempatan: Gelenggang
Nama Saintifik: Cassia Alata
Nama Lain: Cassia,wild senna,fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, wild senna, ringworm cassia, guajava, ketepeng badak, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco, gelenggang.ludangan
Famili: caesalpinaceae
Lokasi dijumpai: Di tepi lebuh raya dan kawasan semak(Gambar:Mata air panas poring,sabah)
*** Amaran..!!! perempuan mengandung, menyusukan anak dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit-birit atau masaalah ulser perut juga dicegah dari menggunakanya.
Pengambilan daunya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.
(sumber pic& Info dari blog sohabat)
Pengambilan daunya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.
(sumber pic& Info dari blog sohabat)